I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 23, 2012

Journey of Life - Chapter 37

Pakcik Karpal Ohhh Pakcik Karpal....


Iskk... demam pilihanraya dah nak dekat... tadi terbaca satu berita pasal pakcik Karpal nak berjuang melihat seorang bukan melayu menjadi Perdana Menteri...

Adoiii... Tak paham betol laa aku... kang cakap lebih-lebih kang aku kene tangkap lak... tapi kalu tak cakap kang rasa macam tak sedap perut ajer... disebabkan pakcik Karpal ni dari parti DAP... maka tak salah laa aku mengutarakan pendapat aku lak... sumer orang ada HAK untuk bersuara... Tapi dengan niat yang betol laa.... bukannya macam mamat yang kene tangkap pasal niat nak bunuh sumer polis tu... tu bengong namanyer... Mamat tu igt dia otomen ker??

Ni aku nak quote sket kata-kata pakcik Karpal :





KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.
"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas kenyataannya dalam beberapa laporan akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini tentang beliau menamakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri, Karpal mengakui tersilap menyebutnya tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.
"Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (pakatan pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti," jelasnya.
Menurut Karpal, tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," tegas beliau.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan turut senada dengan Karpal yang mahu melihat bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri.
Kata beliau, tidak ada salahnya mana-mana kaum di negara ini menyandang jawatan tersebut

(Ehsan : Utusan.com.my)

Aku bukan suker sgt nak bercerita pasal politik ni.... Tapi rasa macam tak adil laa kalu negara kiter yang majoritinya MELAYU nak dipimpin oleh orang bukan Melayu... Walaupun kata pakcik Karpal ni tak ada undang-undang yang bole halang jawatan PM disandang orang bukan Melayu... BullShit..!!

OK skang tengok dari perspektif aku lak...

Di Filipina.... yang jadi Presiden adalah org Filipina original... (ni daripada member Filipina aku sendiri...) Kat China... ada ker kiter lihat bangsa lain selain daripada org China tu sendiri yg jadi Perdana Menteri / Presiden??

Di India lak... ada ker kiter lihat bangsa lain yang jadi Ketua Negara? Takder kan? Kenapa?? Pasal negara China dan India ni hanya bangsa derang ajer yg ada... bangsa lain dikira minoriti dalam negara tuuu.... Tapi kat Malaysia ni... dah jadi negara Melayu... Bangsa lain pun patot hormat laa dengan majoriti bangsa Melayu ni... Secara peribadi aku menganggap adalah sebaiknya orang melayu yang akan terus continue jadi Perdana Menteri Malaysia... bukan bangsa lain... Ni bukan kenyataan racist OK... Aku hanya memperjuangkan HAK orang melayu di Malaysia... tak kira laa melayu yang pandai ker... atau melayu yang 'bodoh' masa join Bersih 3.0 tu ker... at least aku tetap berpegang teguh pada HAK orang melayu tu...

Cuma kontranya... orang melayu tetap akan 'makan' orang melayu... ni ko worang kene pikir sendirilah...

Aku harap tak der sapa yang kecik ati dengan entri aku ni... Aku berkawan dengan sumer orang... Tak kira bangsa / agama...

/Puaka Ensem