I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 23, 2012

Journey of Life - Chapter 37

Pakcik Karpal Ohhh Pakcik Karpal....


Iskk... demam pilihanraya dah nak dekat... tadi terbaca satu berita pasal pakcik Karpal nak berjuang melihat seorang bukan melayu menjadi Perdana Menteri...

Adoiii... Tak paham betol laa aku... kang cakap lebih-lebih kang aku kene tangkap lak... tapi kalu tak cakap kang rasa macam tak sedap perut ajer... disebabkan pakcik Karpal ni dari parti DAP... maka tak salah laa aku mengutarakan pendapat aku lak... sumer orang ada HAK untuk bersuara... Tapi dengan niat yang betol laa.... bukannya macam mamat yang kene tangkap pasal niat nak bunuh sumer polis tu... tu bengong namanyer... Mamat tu igt dia otomen ker??

Ni aku nak quote sket kata-kata pakcik Karpal :





KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.
Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.
"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Mengulas kenyataannya dalam beberapa laporan akhbar berbahasa Inggeris sebelum ini tentang beliau menamakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebagai bakal Perdana Menteri, Karpal mengakui tersilap menyebutnya tetapi tetap menegaskan calon bukan Melayu akan menyandang jawatan tersebut suatu hari nanti.
"Saya akui tersasul menyebut menamakan Lim Guan Eng sebagai Perdana Menteri tetapi buat masa ini, kita (pakatan pembangkang) sepakat untuk pilih Anwar jika menang pilihan raya nanti," jelasnya.
Menurut Karpal, tidak termaktub dalam Perlembagaan negara yang menyebut hanya orang Melayu dibenarkan menjadi Perdana Menteri.
"Saya tidak pasti sama ada hasrat untuk melihat bukan Melayu menjadi Perdana Menteri termakbul dalam era saya, namun saya tetap akan memperjuangkan impian ini," tegas beliau.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Kota Alam Shah, M. Manoharan turut senada dengan Karpal yang mahu melihat bukan Melayu memegang jawatan Perdana Menteri.
Kata beliau, tidak ada salahnya mana-mana kaum di negara ini menyandang jawatan tersebut

(Ehsan : Utusan.com.my)

Aku bukan suker sgt nak bercerita pasal politik ni.... Tapi rasa macam tak adil laa kalu negara kiter yang majoritinya MELAYU nak dipimpin oleh orang bukan Melayu... Walaupun kata pakcik Karpal ni tak ada undang-undang yang bole halang jawatan PM disandang orang bukan Melayu... BullShit..!!

OK skang tengok dari perspektif aku lak...

Di Filipina.... yang jadi Presiden adalah org Filipina original... (ni daripada member Filipina aku sendiri...) Kat China... ada ker kiter lihat bangsa lain selain daripada org China tu sendiri yg jadi Perdana Menteri / Presiden??

Di India lak... ada ker kiter lihat bangsa lain yang jadi Ketua Negara? Takder kan? Kenapa?? Pasal negara China dan India ni hanya bangsa derang ajer yg ada... bangsa lain dikira minoriti dalam negara tuuu.... Tapi kat Malaysia ni... dah jadi negara Melayu... Bangsa lain pun patot hormat laa dengan majoriti bangsa Melayu ni... Secara peribadi aku menganggap adalah sebaiknya orang melayu yang akan terus continue jadi Perdana Menteri Malaysia... bukan bangsa lain... Ni bukan kenyataan racist OK... Aku hanya memperjuangkan HAK orang melayu di Malaysia... tak kira laa melayu yang pandai ker... atau melayu yang 'bodoh' masa join Bersih 3.0 tu ker... at least aku tetap berpegang teguh pada HAK orang melayu tu...

Cuma kontranya... orang melayu tetap akan 'makan' orang melayu... ni ko worang kene pikir sendirilah...

Aku harap tak der sapa yang kecik ati dengan entri aku ni... Aku berkawan dengan sumer orang... Tak kira bangsa / agama...

/Puaka Ensem

Sunday, April 29, 2012

Journey of Life - Chapter 36

Bersih 3.0 - Kesian orang melayu BODOH....!!



Aku rasa terpanggil nak 'meloginkan' diri aku kembali ke blog ni lepas tgk berita TV3 mlm tadi... pasal perhimpunan Bersih yang kononnya nk dijalankan secara aman... tapi last-last ada gak keganasan... huru hara sana sini...

Mungkin blog aku kali ni agak kasar sket... aku PEDULIK HAPA!! Dah byk kali aku tekankan aku bukan seorang yg pro- kerajaan atau pun pro-pembangkang.... aku berada di tengah-tengah... aku cuma perhatikan yg maner btol dan yg maner salah... aku akan decide based on aku punyer kata hati aku...

Bg aku Malaysia ni jadi huru hara pasal pakcik Nuar Berahim (NB) tu... Aku pun tak paham naper laa dulu pakcik Dolah Bedwi (DB) tu dok baik ati sgt pi lepaskan NB tu sapa suroh? Konon nak tunjukkan yang dia seorang yg pengampun... seorang yang warak... adehhh!! Sedih aku laa...  Time tu aku terus wat satu kesimpulan - Abis laa Malaysia ni mcm....! Pasal aper? pakcik NB sure wat something punyer...

Aku tanak libatkan isu politik kat sini... pasal bg aku politik ni mmg penting tp kalu salah bawak bole memecahbelahkan sesama manusia... aku perasan rakyat Malaysia ni nak act jadi terlalu patriotik... Kepala hotak korang laaa nak patriotik!!! Wajar ke jadi patriotik dgn terpekik terlolong tu sumer??? Kerajaan dah kasi korang permit utk wat perhimpunan... tapi korang tak reti nak hargai lagi? Ada yg sampai cedera parah laa... luka sana sini... kene tear gas... itu ke cara korang hormati kerajaan? Aku tak kata kerajaan tu 100% perfect... derang pun manusia gak… bukan aku nak backup derang ke hapa ker… kalu kata derang byk corrupt ker per kertapi BR1M korang amik gak kan? Kerajaan lupuskan yuran sekolah.... kasi baucer buku 1Malaysia... dan macam2 lagi...

Harga Petrol
Isu petrol... dah naik muak dah... cuba korang dok kat Singapore ke Thailand ker... baru korang tau betapa susahnya biler dok kat negara yang tak bg kemudahan subsidi…

Ni aku breakdown harga petrol :

Malaysia RON 95 – RM1.90/liter
Singapura RON 95 – S$2.17/liter (Ehsan : Singapore Petrol Price)
Thailand RON 95 – Baht 40.03/liter (Ehsan : Thai Petrol Prices)

Kalu convert laa harga Singapore dgn Thailand ni… ada laa jejak RM4 – RM5 seliter… bermakna… harga di Malaysia adalah lebih rendah berbanding negara-negara laen… tu pun sibuk maki kerajaan macam-macam… konon macam dah hebat sangat.. Berborak kat kedai kopi bole laaa…



Citer pasal Bersih balik… aku rasa rakyat Malaysia kene laa sedar diri sket… jgn laa jadikan negara kiter mcm negara-negara laen yg pernah ada huru hara… Yg heran akak2 makcik yg pakai purdah ala ninja pun dtg siap bawak anak-anak sekali – ni lagi satu lambang keBODOHan orang melayu… dah tau etika perhimpunan tak bole bawak kanak-kanak… tapi bawak jugak… Tak paham bahasa…. Otak korang letak kat celah kelengkang ker??



Ada pulak yg sampai baling botol-botol air mineral dekat kete polis sampai terbabas… pijak-pijak kete polis… Ok kalu rasa nak jatuhkan PDRM… guna cara yang betol… bukan cam gitu… korang nak kata diri korang bertamadun… tapi aku tengok sorang-sorang kat situ dah macam beruk kera siamang ungka….!!!






Ada member FB aku bilang dia pun pegi… dia kata kat situ laa terbentuknya satu unity berbilang kaum… kalu terjatuh ke aper ker sama-sama saling bantu-membantu… pastu dia ada bilang yg ada satu mamat ni pakai suar & kasut polis tapi baju biasa (makna tak pakai uniform penuh laaa) dok tanya dia soklan pastu pekik-pekik  kat dia macam nak provoke laa… dalam firasat aku… tu sumer sajer wayang nak jatuhkan PDRM…  Tapi member aku tak der nak libatkan isu politik dlm posting FB dia… dia pegi situ pasal nak rasa environment tu ajer…


Aku kesian kat orang melayu… ada otak tapi letak celah kelengkang… perangai dah takder tamadun langsung… lagi mulia orang asli kat Amazon tu…


/Puaka Ensem

Thursday, February 2, 2012

Journey Of Life - Chapter 35

Subway pulakkkk???

Salam sumer... sowie laa aku dah lama tak me'login' kan diri aku dlm blog ni... kira dah lama laa aku tak merapu dalam blog ni kan?? Aku tak tau laa kot kalu korang rindu dgn rapuan aku yg ntah hapa2 ni... uuhuhu

Bebaru ni aku ada terima BBM broadcast pasal Jakim wat statement berkenaan dengan restoran Subway... Jakim claims Subway TIDAK HALAL.. aper kejadah sumer ni?? Why now?? Why?? Setelah berapa juta umat Islam makan Subway... dan jugak pekerja2 Subway pun mostly ISLAM... kenapa perlu wat kenyataan gitu sampai masok dalam TV3... aku tak sure rancangan aper tp mungkin 360 kot? aku tak tengok lak tapi kecoh even sampai ke dalam Subway punyer FB page pun derang dok tanya...


Dari seorang rakan BBM aku bilang dia ada kol Jakim and Jakim bg penjelasan yg dulu Jakim tak ckup kakitangan... jd Jakim lantik Syarikat Swasta utk bg pengiktirafan Halal tu... so skang ni dah jd lain lak... Jakim dah tanak recognize status Halal tu pulak... jd Subway hanya tak halal Jakim...

Sebagai contoh :
Warga Malaysia yang bernikah di luar negara tak kira laa kat maner... Thailand ker... Afrika ker... Indonesia ker... nikah tu tetap sah tapi balik Malaysia kene denda... cam gitu laa lebih kurang...

So bg aku... aku akan tetap makan Subway... pasal takder pun bg aku keraguan tentang bahan2 yang digunakan dalam sandwich Subway tu.... Korang pulak... kalu nk makan suka korang laa... aku rilek ajer... pasal aku YAKIN HALAL...

Ni hapdet terbaru Subway bertarikh 20 Jan 2012 --> Subway HALAL

2 - 3 ari lepas masa aku jalan Jusco... masa lalu kat tempat frozen tu... aku ternampak mentega Golden Churn.... dan ini membuatkan aku rasa tak puas ati ni... kata aritu tak halal and dah di tarik balik dari penjualan... pastu skang dah jual balik pulak... maner betul ni...

Ni aku quote chapter yang pasal
Mentega Golden Churn tu kalu korang tak tau aper citer...

Malas aku nak citer lebih2 kang laen lak jadinyer... pepaham ajer laaa bloggers ni bukan ada hak untuk bersuara sangat... huhuhu...


/Puaka Ensem